Fisabilillah merupakan gelaran dan sejenis perlakuan yang
dianggap mulia dalam Islam. Sejak dahulu lagi Fi sabil Allah yang
menjadi polemik di antara ulama.
Ada yang menyempitkan makna fi sabil Allah dan ada yang meluaskan
pemahamannya. Perbincangan ini bukanlah hanya untuk menyenaraikan
pendapat-pendapat yang bercanggah di antara ulama tetapi lebih kepada
analisa yang kritis bagi memastikan kebenaran yang tulen yang perlu
dipatuhi dan merupakan perbincangan yang melibatkan keharusan talfiq
selagi sesuatu masalah itu masih kabur dan tidak nyata. Perbincangan
juga melibatkan maslahah yang menjadi alasan dan senjata utama bagi
mereka yang mengeluarkan hukum tanpa asas, tanpa memahami dengan
mendalam maksud sebenar maslahah dalam Usul Al-Fiqh. Ramai golongan yang
suka bercakap mengenai Fiqh tapi tidak didasarkan pada asas sebenar
Fiqh itu iaitu usul Al-Fiqh.ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan fi sabil Allah sebagai amalan-amalan
yang mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah serta mensyaratkan
wujudnya sifat kefakiran bagi bahagian fi sabil Allah kecuali bahagian
amil dan berlakunya pemilikan harta, maka tidak harus disalurkan zakat
pada pembinaan masjid, pembinaan jambatan, tali air, jalan dan
sebagainya. makna fi sabil Allah dalam Mazhab Maliki bermakna bagi tujuan
peperangan, jihad dan yang berkaitan dengannya, tidak hanya tertakluk
pada tentera tetapi lebih meluas pemahamannya merangkumi perkara-perkara
yang berkaitan dengan persediaan perang dan boleh disalurkan zakat
walaupun pada orang kaya Mazhab Syafi’iyy memfokuskan makna fi sabil Allah hanyalah untuk jihad,
tentera yang tidak menerima gaji dan yang berkaitan dengannya walaupun
ia kaya.Mazhab Hanbaliyy sama dengan Mazhab Syafi’iyy dalam mentakrifkan fi
sabil Allah iaitu dengan makna tentera-tentera sukarela yang tidak
menerima gaji daripada kerajaan atau yang menerima gaji tetapi tidak
mencukupi keperluan mereka untuk berperang walaupun ia kaya
Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara
kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku
pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
mudah-mudahan semangat jihad ada bersama dengan kita...aminn
ReplyDeletepeh semangat sungguh
ReplyDeleteni buat aku meluap- luap semangat berjihad
Deleteallah huakhbar....
Deletejihad fi sabi lillah..
Delete